AKAN DATANG

BOLEH BOOKING!

DIARI SAYANG -FATIMAH KASSIM

3 HARI KEMUDIAN -AA

SENTUHAN KASIH - NB

DENDAM YANG TERLERAI-NB

HATI SEORANG WANITA-NB

LAYANG;LAYANG BERTALI KACA-NB

PESANAN TERAKHIR SEORANG LELAKI - NB

LAGENDA BUDAK SETAN CETAKAN PERTAMA-AA

SAYAP-SAYAP CINTA-AA

JAUH-AISYA SOFEA

KARYA MA LEE CHUSWAN - 1 PAKEJ

WAJA - LAMIA AMAL

DONIA - LAMIA AMAL

SEMARAK - LAMIA AMAL



Showing posts with label PENULIS : RUBY HAZRI. Show all posts
Showing posts with label PENULIS : RUBY HAZRI. Show all posts

Monday, 20 October 2014

MR.RIGHT BUAT ANN - RM15 -RUBY HAZRI



RM15

MR.RIGHT BUAT ANN - RUBY HAZRI

“Aku janji Ann, insya-Allah umur tiga puluh nanti kita berumah tangga. Okey.”


Usia Ann sudah mencecah 31 tahun, tapi masih bujang. Adiknya pun sudah punya dua orang anak. Orang keliling dah mula bising. Masalahnya, Ann masih belum jumpa Mr Rightnya, meskipun banyak calon yang menunggu borang permohonan mereka diluluskan.


Baca bab awal



Calon-calonnya ialah:

 


Hanif – Cinta hati Ann sejak zaman belajar lagi, tapi asyik sibuk dengan kerjayanya di Dubai sana, sehingga Ann terkapai-kapai sendirian.

Khairil – Kenalan sepupunya yang berkarisma. Duda, tapi kacak dan bergaya.

Desmond – Senior sepejabat yang tak habis-habis membulinya.

Tuan Haji Kamil – Duda anak tiga yang sudah berusia.

Arman Faiz – Lelaki yang dikenali secara tak sengaja, sering terserempak di mana-mana.

Antara semua calon ini, yang manakah Mr Right buat Ann agaknya? Akan berakhirkah pencarian Ann, atau dia masih perlu mencari calon yang lain?


Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, 

sehingga kamu kehilangannya.


***


RUBY HAZRI kali ini membawa kita menyelami hati Ann yang cuba bangkit daripada rasa kecewa. Marilah bersama-sama memilih Mr Right buat Ann, sambil memahami hati seorang wanita.

Cepat2 whatsApp/msg saya!. First come first serve :)


✿  Pertanyaan @ Order? ✿
 Princesa Preloved
2) WhatsApp/SMS : 013-985 5742 (express)
3) Email : princesapreloved9@gmail.com

terima kasih,
with love,
Princesa Preloved Boutique

For ♥ SERIOUS BUYER ONLY ♥

JAZAKALLAHUKHAIRAN :)

Monday, 15 September 2014

PERCAYALAH & PERCAYALAH… AKHIRNYA- RUBY HAZRI

PERCAYALAH 
RUBY HAZRI
 RM10
 JS
SOLD

Perjalanan hidupnya tidak seindah yang diharapkan. Dia hilang kasih dan terpinggir dari sayang seorang ayah. Dia lupa akan jati dirinya sebagai Danial Wolfgang.  Dia rasa terpenjara dalam kehidupan ciptaannya. Sehinggalah dia bertemu… Nurnya. 

Nur Atiqah, gadis Melayu yang hadir di tengah-tengah kelompok budaya yang berbeza. Datang dengan harapan untuk melunaskan satu cita-cita . Namun tanpa disedari dia juga tidak boleh menolak sebuah perasaan yang hadir dalam diam.

Stuttgart... di situ mereka ditemukan;  pada saat putih salji yang jatuh menjadi saksi dan rasa yang bertunas tersimpan dalam-dalam.  Benarkah daun-daun mapel belum berhenti berguguran? Masihkah ada waktu untuk mereka merasai hadirnya musim bunga? Sedangkan mereka masih jua menyendiri dan membawa jauh-jauh satu rasa itu.  Duka lara tiba lebih dahulu sebelum segalanya terjadi.  Mampukah badai meleraikan pautan hati yang seteguh gunung salju itu? Mungkinkah, kisah mereka bagaikan sungai- sungai yang pasti bersatu di muara?

Mana mungkin lagi untuk ombak perasaanku ini mampu menghempas pantai hati mu, Atiqah...  kalau sudah ada benteng di situ? ~Danial Wolfgang

Mengapa Danial, kau tetap tidak pernah jemu-jemu memerhati kamar hatiku ini dalam remang-remang cahaya lampu oren itu? ~Nur Atiqah

PERCAYALAH… AKHIRNYA
 RUBY HAZRI 
RM10 
JS
1 2009 

dia umpama sebuah kolam, kelihatan tenang di permukaan, berolak dan bergelora di dasarnya

Siapa yang kata cinta tidak semestinya bersatu? Sedangkan itulah tujuannya perkahwinan! Betullah kata orang, lelaki Melayu romantisnya tidak setanding dengan lelaki Eropah. Itulah bahagianya Nur Atiqah menjadi isteri Danial Wolfgang. Tetapi...

Aku sanggup memungut sisa kasihmu yang sirna, Atiqah. Izinkan dia berada di sisiku, Tuhan. Biarpun mungkin aku tidak layak untuk memiliki hatinya ~ Khairil


Salji datang lagi…

Sebelum kuntuman tulip sempat berkembang

di padang harapan

Salji datang lagi...

Kala suramnya awan diri yang pasrah

mengenang mentari cindur yang hilang

Ya Allah, mungkinkah akan ada lagi pertemuan dengannya? ~ Danial Wolfgang


Fitrah hati sahajalah yang mampu menjadikan ikatan perkahwinan ini sebuah syurga, Atiqah. Bahagia hadir dari dalam hati, kesannya akan tampak pada zahir dan rupanya terlihat pada maknawi.

Kenapa kita harus ditemukan dalam situasi seperti ini? Bukannya ini kehendak yang Ika mahu! ~ Nur Atiqah

*****

Percayalah… Akhirnya membawa RUBY HAZRI menulis sekali lagi kisah Nur Atiqah.


✿  Pertanyaan @ Order? ✿
 Princesa Preloved
2) WhatsApp/SMS : 013-985 5742 (express)
3) Email : princesapreloved9@gmail.com

terima kasih,
with love,
Princesa Preloved Boutique

For ♥ SERIOUS BUYER ONLY ♥
JAZAKALLAHUKHAIRAN :)