AKAN DATANG

BOLEH BOOKING!

DIARI SAYANG -FATIMAH KASSIM

3 HARI KEMUDIAN -AA

SENTUHAN KASIH - NB

DENDAM YANG TERLERAI-NB

HATI SEORANG WANITA-NB

LAYANG;LAYANG BERTALI KACA-NB

PESANAN TERAKHIR SEORANG LELAKI - NB

LAGENDA BUDAK SETAN CETAKAN PERTAMA-AA

SAYAP-SAYAP CINTA-AA

JAUH-AISYA SOFEA

KARYA MA LEE CHUSWAN - 1 PAKEJ

WAJA - LAMIA AMAL

DONIA - LAMIA AMAL

SEMARAK - LAMIA AMAL



Showing posts with label PENERBIT : ALAF 21. Show all posts
Showing posts with label PENERBIT : ALAF 21. Show all posts

Thursday, 23 October 2014

DOSA MALAM PENGANTIN-SRI DIAH

Halaman: ~274
Berat: 300 gram
Condition Novel cantik
Banyak lagi novel ada di sini ------>

- blog : princesapreloved/ beautysolehah
- fb page: princesa preloved

Pertanyaan @ Order?
1) WhatsApp/SMS : 013-985 5742 (fast reponse.inshaallah)
2) Email
self pickup : Area bandar k.tganu @ kuantan

Reyna tidak pernah berasa bersalah apabila dia kerap menangguhkan perkahwinannya dengan Iskandar. Baginya kerjayanya sebagai model adalah lebih utama. Dunia glamor yang bergemerlapan adalah segala-gala baginya. Lagipun apa yang mereka tidak perolehi kecuali pernikahan?

Apabila Iskandar memutuskan pertunangan dan meninggalkannya, Reyna langsung tidak rasa kecewa
sehinggalah bekas tunangnya itu mendampingi Maria, teman serumah Reyna! Di waktu itu barulah Reyna berpijak di bumi nyata. Kemunculan Dr. Munir dalam hidupnya memberikan cahaya. Namun hari-hari semalam sentiasa mengekori dan hari-hari esok mula menghantuinya.

Monday, 20 October 2014

SELAMAT MALAM TANSRI- SRIDIAH

SELAMAT MALAM TANSRI- SRIDIAH



Selamat Malam Tan Sri ini lebih banyak menyingkap kehidupan seharian seorang wartawan Mingguan Wanita, Hanim Hanani. Kisah cinta dalam diam Hanim juga diselitkan tapi saya rasa fokus utama Sri Diah dalam novel ini bukanlah mengenai cinta Hanim terhadap seorang Tan Sri yang disegani ramai. Dalam kesibukan Hanim mencari berita sensasi, teman lamanya Zaidi muncul dalam hidupnya. Hanim dilanda kemelut antara mencintai suami orang dan perjalanan kariernya. Dia juga memikirkan masa depannya yang harus menyara keluarganya yang bergantung harap dengannya.

AIRMATA KASIH -NORHAYATI BERAHIM - RM15


 RM15

AIRMATA KASIH -NORHAYATI BERAHIM 


Best! Farah Diba dibenci oleh ayah sendiri. Ayahnya begitu kerana terkenangkan kakaknya yang pernah menconteng arang kemuka keluarga dan juga menyebabkan ibunya menderita lalu meninggal dunia. Lalu Farah keluar dari rumah dan menyara hidupnya sendiri sehingga dia berjaya membuka sebuah kedai menjual kucing. Ayahnya lebih sayangkan abang-abangnya, Fuad dan Farid. Suatu hari ayah dan abang-abangnya hilang semasa menyelam di Australia. Farah di minta oleh umi dan bapa saudaranya untuk menerajui syarikat ayahnya sementara ayahnya tiada. Mereka tidak mahu syarikat itu jatuh ke tangan Uncle Kassimnya, abang kepada ayahnya. Farah melakukan yang terbaik untuk syarikat ayahnya walaupun tidak tahu untuk menguruskan syarikat besar. Banyak perubahan yang dilakukan untuk melindungi syarikat itu dari kerugian. Bila ayah dan abang-abangnya ditemui, dia terus meletak jawatan. Tetapi Abang Fuad masih dalam keaadan koma. Farah sentiasa berbual dengannya untuk mengembalikan semangatnya. Suatu hari Daniel dapati Farah deman teruk sehingga pengsan. Rupa-rupanya, dia mengidap deman denggi dan keadaannya sangat genting. Ramai yang datang melawatnya. Disitu, ayah Farah berjumpa dengan kakaknya yang telah lama menghilang. Barulah dia dapat tahu mengapa kakaknya telah meninggalkan mereka sekeluarga. Dia baru sedar bahawa dia selama ini telah tersalah sangka dan Farah telah menjadi korban salah sangkanya. Dia meminta maaf kepada Farah. Dia mahu Farah kembali tinggal dirumah dan menjaga Fuad yang telah sedar dari koma. Farah rasa tertekan. Dia meluahkan perasaannya kepada Daniel. Daniel memberi dia kata-kata perangsang. Farah kembali bersemangat dan mengaku dia menyayangi Daniel. Daniel rasa amat bahagia sekali dan tidak sabar untuk menunggu hari bahagia mereka

Cepat2 whatsApp/msg saya!. First come first serve :)


✿  Pertanyaan @ Order? ✿
 Princesa Preloved
2) WhatsApp/SMS : 013-985 5742 (express)
3) Email : princesapreloved9@gmail.com

terima kasih,
with love,
Princesa Preloved Boutique

For ♥ SERIOUS BUYER ONLY ♥

JAZAKALLAHUKHAIRAN :)

GELORA JIWA - AISYA SOFEA- RM15


RM15

GELORA JIWA - AISYA SOFEA- 

Siapa kata setia tak mungkin berlaku curang? Siapa menduga kasih takkan bertukar menjadi benci? Katakan sejujurnya, bagaimana harus disukat bahagia jika dalam hati Intan Azureen, berkocak dilanda asmara.

Seraut wajah tenang itu, tiba-tiba berubah menyimpan seribu luka. Keluh resahnya sekadar melunakkan hati yang duka. Bagaimana harus dijelaskan; setianya bukan lagi untuk Hanif Azman tunangnya. Tapi, kasihnya sudah berpaling jauh pada Hanif Ashman dalam sekelip mata!

Siapa merampas dan siapa yang dirampas? Siapa yang berhak dan siapa pula yang tak punya hak? Intan Azureen lemas di tengah-tengah kekusutan. Dia harus teguh memegang janji wasiat; membina rumah tangga dengan lelaki pilihan keluarga.

Atas desakan keluarga melawan kehendak hati, dia harus membuat pilihan yang tepat. Hanif Ashman satu mimpi. Hanif Azman pula satu realiti. Tapi mimpi itu juga yang sentiasa membayangi hidupnya. Ah, sukarnya menidakkan takdir sedangkan cintanya hanya untuk Hanif Ashman seorang. Jadi, bagaimana?

Dia tekad, dilema ini harus dinoktahkan. Siapapun yang terpilih, dia akur akan melimpahkan kejujuran sepenuh hati. Tapi, siapakah antara mereka yang bakal mengongsi hidupnya sepanjang hayat? 

Cepat2 whatsApp/msg saya!. First come first serve :)


✿  Pertanyaan @ Order? ✿
 Princesa Preloved
2) WhatsApp/SMS : 013-985 5742 (express)
3) Email : princesapreloved9@gmail.com

terima kasih,
with love,
Princesa Preloved Boutique

For ♥ SERIOUS BUYER ONLY ♥

JAZAKALLAHUKHAIRAN :)

CINTA PERISA DIA - RM15 - LYNN DAYANA


RM15

CINTA PERISA DIALYNN DAYANA


Disebabkan umur Hadif Imran telah menjejak 35 tahun, bonda telah mengatur  satu Rancangan Mencari Menantu yang betul-betul menakutkan Hadif. Memberi alasan takut imejnya sebagai penyanyi pujaan ramai terjejas, langsung tidak mampu mengugat keputusan bonda yang nekad kali ini Hadif mesti dicarikan jodoh. Dengan bantuan Fiqri, kawan baik Hadif, rancangan diteruskan kerana bagi Fiqri dengan cara ini soal jodoh dia sendiri tak akan dibangkitkan oleh bonda. 21 calon telah tersenarai dan hanya 8 sahaja yang telah dipilih untuk ke pusingan seterusnya. Ada ustazah, model, pemilik kedai bunga, guru tadika, lulusan luar negara, aerobic instructor, penulis skrip dokumentari dan tukang cuci.

Perlbagai pertandingan diadakan bermula dari membuat sambal belacan hingga ke 3 peserta terakhir yang dapat meluangkan masa berdua bersama Hadif. Mia Sara, model angkuh dan berpura-pura baik untuk mengambil hati bonda kerana telah lama menyimpan perasaan untuk berdamping dengan Hadif semata-mata ingin menumpang populariti yang dimiliki Hadif. Intan Zarifa, ustazah yang sentiasa berfikiran positif dan mampu menarik perhatian sesiapa sahaja dengan tingkah laku dan keperibadian yang baik. Ayumi, gadis yang sangat misteri dan berusaha mengatur rancangan untuk tidak dipilih sebagai calon isteri Hadif.

Sambal belacan versi Mia Sara - Ladanya seperti dimamah kuda. Sambal belacan gaya Utara.
Sambal belacan versi Qurnia -  Lada dipotong dadu, diletakkan bawang dan kicap.

Siapa pilihan Hadif dan siapa pula Ayumi yang sebenar? Walaupun berusaha untuk menolak kebenaran tapi siapa mampu untuk menidakkan ketentuan DIA. Fiqri memilih Diana. Siapa Diana? Ada benda yang tidak disangka akan terjadi. Wujudnya Sulaiman dalam kamus hidup Intan. Kedatangan Lana untuk mencari Ayumi rupa-rupanya dengan niat untuk membunuh. Kenapa Lana membenci Ayumi?

Cepat2 whatsApp/msg saya!. First come first serve :)


✿  Pertanyaan @ Order? ✿
 Princesa Preloved
2) WhatsApp/SMS : 013-985 5742 (express)
3) Email : princesapreloved9@gmail.com

terima kasih,
with love,
Princesa Preloved Boutique

For ♥ SERIOUS BUYER ONLY ♥

JAZAKALLAHUKHAIRAN :)

KASIH YANG SUCI - RM15 - MEEN


RM15

KASIH YANG SUCI - MEEN
Weight: 450 grams
KEPADA para peminat novel Alaf 21, jangan lepaskan peluang untuk memiliki novel terbaru bertajuk 'Kasih Yang Suci' hasil nukilan penulis baru iaitu Meen Zulaikha yang kini sudah berada di pasaran.

Novel yang membelai perasaan ini mampu membuatkan anda sayang untuk meninggalkan walau satu patah perkataan pun. Sepuluh tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepasa sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka? Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Apakah kisah seterusnya? Apa yang harus dilakukan oleh Elena terhadap suaminya? Mampukah perkahwinan mereka bertahan?

Segala-galanya dalam Kasih Yang Suci. 

Cepat2 whatsApp/msg saya!. First come first serve :)


✿  Pertanyaan @ Order? ✿
 Princesa Preloved
2) WhatsApp/SMS : 013-985 5742 (express)
3) Email : princesapreloved9@gmail.com

terima kasih,
with love,
Princesa Preloved Boutique

For ♥ SERIOUS BUYER ONLY ♥

JAZAKALLAHUKHAIRAN :)

BUKAN HANYA SESAAT -RM15 - AINUL HAZRAH


RM15

BUKAN HANYA SESAAT - AINUL HAZRAH
Halaman: ~548
Berat: 400 gram

PERKAHWINAN Maryam dan Arief bukanlah atas dasar suka sama suka, tetapi atas pilihan ibu bapa masing-masing. Sangka mereka, kedua-dua pasangan ini boleh serasi dan sehidup semati, namun lain pula ceritanya. Hendak menyesal tiada gunanya. Bergaduh-gaduh dan kemudian berbaik semula. Itulah rutin harian Maryam dan Arief. Apa sahaja yang tidak kena pada Maryam, akan diperlekehkan oleh Arief. Maryam bukan seperti yang disangkakan oleh Arief. Maryam seorang wanita yang penyabar dan sentiasa menjaga tatatertib sebagai Muslimah.

Arief pula kuat cemburu... cemburu buta yang tidak bertempat! Namun, maruah Maryam benar-benar diinjak apabila Arief sewenang-wenangnya melafaz kan cerai setelah terperangkap dalam muslihat sepupunya sendiri, Melissa. Sudah terhantuk, baru terngadah. Arief menyesal dan hilang arah. Rupa-rupanya bukan hanya sesaat dia mencintai dan merindui Maryam! Mahu merujuk kembali, Maryam pula sudah serik. Malah, lamaran Ustaz Zaid mengganggu fikirannya. Perlukah dia menerima sedangkan Arief tidak henti-henti memujuk? Namun, dalam saat begini, cinta dan kasih sayang nya terhadap Arief masih menebal di sanubari.


✿  Pertanyaan @ Order? ✿
 Princesa Preloved
2) WhatsApp/SMS : 013-985 5742 (express)
3) Email : princesapreloved9@gmail.com

terima kasih,
with love,
Princesa Preloved Boutique

For ♥ SERIOUS BUYER ONLY ♥


JAZAKALLAHUKHAIRAN :)

KASIH BERSULAM CINTA- RM12- ROZITA ABD WAHAB


RM12

KASIH BERSULAM CINTA- ROZITA ABD WAHAB

Halaman: ~448
Berat: 350 gram

Macam orang angau. Kalau aku yang angau lainlah. Dah dua minggu aku tak jumpa tunang aku.” Terdiam Anis Razikin seketika. Angau. Perkataan itu yang disebut oleh Norma. Aku angau? Hah... biar betul!

Dia tidak pernah bercinta, tentulah dia tidak tahu bagaimana rasanya bercinta. Kata Norma, “Kau belum rasa... kalau kau dah masuk dalam dunia cinta, baru kau tahu penangannya.” Dia dan Hakim dipertemukan dalam keadaan yang tidak memihak kepada mereka. Lalu, ikatan itu terjalin tanpa perasaan... tanpa cinta. Bagaimana rasanya rindu pada seseorang yang disayangi? Dia tidak tahu, tapi apa yang pasti setiap kali mengingati Hakim... dadanya terasa sesak, jantungnya berubah irama. Acap kali Hakim mengucapkan kata rindu, namun apakah dia juga begitu?
Tetapi, kalau bukan angin rindu, kenapa dia begitu kepingin mendengar suara Hakim? Mulut memang sering menafi kan, tapi hati tak pernah mahu berkompromi. Hah... dalam diam, dia sudah pandai menjadi perindu! Kerana rindu... bunga-bunga kasih berkembang di hatinya, lalu tercipta suatu perasaan indah yang tidak pernah dirasainya sebelum ini, rasa istimewa hanya untuk si dia... CINTA.


✿  Pertanyaan @ Order? ✿
 Princesa Preloved
2) WhatsApp/SMS : 013-985 5742 (express)
3) Email : princesapreloved9@gmail.com

terima kasih,
with love,
Princesa Preloved Boutique

For ♥ SERIOUS BUYER ONLY ♥
JAZAKALLAHUKHAIRAN :)

Sunday, 19 October 2014

BULAN BERBISIK- rm12- SAMSIAH MOHD NOR


RM12

BULAN BERBISIK- SAMSIAH MOHD NOR - A21

Halaman: ~512

Berat: 400 gram

BULAN BERBISIK memaparkan perjuangan dua orang wanita. Pertama: Seorang isteri bernama Khadijah dalam melayari bahtera perkahwinan. Kedua: Seorang gadis mualaf bernama Aima Adawiyah yang mencari erti sebuah kehidupan baru..

Khadijah seorang isteri yang sangat setia telah secara tidak sengaja terbaca e-mel-e-mel cinta suaminya (Khaled Irfan) pada Aima. Sejak kecil, Aima (Wong Ai Leen) dibayangi oleh idolanya iaitu Andak Rabiah yang selalu membacakan syair Rabiah al-Adawiyah. Dia mengenali agama Islam daripada Andak Rabiah dan berusaha untuk memeluk agama tersebut apabila dewasa.

Namun, dalam pencariannya dia telah terperangkap secara tidak sengaja dalam retorik cinta mainan Khaled Irfan.

Khadijah pula dalam usaha menyelongkar kcurangan suami, terpikat dengan syair-syair nukilan Rabiah al-Adawiyah yang dikirimkan oleh Aima kepada Khaled. Pun begitu, parah di hati hanya dia sahaja yang menelannya kerana cerita kecurangan sang suami tidak dipekungkan pada sesiapa hatta kedua ibu bapa. Dalam melayari bahtera, Khadijah menelan duka, menilai sang suami lewat e-mel-e-mel suami kepada buah hati. Pilunya hati hanya ALLAH yang mengetahui.

Berbagai-bagai cara dilakukan buat membalut luka di hati tetapi lara datang juga. Lambaian Masjidilharam membawanya ke sana dengan keizinan suami. Dia menemukan sesuatu di bumi anbia; Baitullah, Makam Nabi, Masjid Nabawi, Raudhah memberi pengertian baru dalam hidup Khadijah.

Berbekalkan kekuatan diri, setelah pulang ke tanah air, Khadijah mengambil keputusan untuk bersemuka dengan Khaled Irfan dan Aima Adawiyah.

Dia akur... andai badai rumah tangga melanda, kolek kecil teroleng-oleng di samudera besar, nakhoda hilang arah, bukan bererti punah sebuah cerita. Dugaan ALLAH datang dalam pelbagai cara. Bermunajatlah agar ditunjukkan ALLAH jalan keluar yang bermakna.

Dan dia yakin... andai seorang lelaki bergelar suami begitu enteng membuka ruang cinta baru untuk dihuni hati yang lain, tidak bermakna seorang wanita perlu menutup perasaan hati dek rasa kecewa. Dunia ini luas, sangat luas. Tempat manusia melampiaskan selangit cinta. Bukan hanya cinta sesama manusia tetapi yang lebih bermakna CINTA pada yang ESA!



✿  Pertanyaan @ Order? ✿
 Princesa Preloved
2) WhatsApp/SMS : 013-985 5742 (express)
3) Email : princesapreloved9@gmail.com

terima kasih,
with love,
Princesa Preloved Boutique

For ♥ SERIOUS BUYER ONLY ♥
JAZAKALLAHUKHAIRAN :)

Monday, 22 September 2014

CINTA PERTAMA - Norhayati Berahim




CINTA PERTAMA cetakan pertama
Norhayati Berahim 
520 pages
Published  by Alaf 21
Condition : Novel lama, tiptop.
LIMITED EDITION.RARE.Tiada dikedai biasa.
price? sms/whatsApp : 013 9855742
** SERIOUS BUYER ONLY!**

Memang permintaan tinggi dan ramai yg nak novel ni. Sesiapa yang pernah request dari hamba dulu, nah ini untuk kalian :)
Cepat2 whatsApp/msg saya!. First come first serve :)


"Cinta itu belum lagi cinta selagi belum dilafazkan"

Sinopsis Belakang buku :

Dia lelaki tampan yang mempunyai segala-galanya. Namun dia juga insan biasa yang punya kekurangan. Dia tidak sesekali percaya pada cinta. Bagi dia cinta suci hanya sekadar omongan yang tidak pernah menjadi kenyataan. Baginya, mana ada perempuan yang setia, mana ada perempuan yang suci cintanya. Selagi kesan luka masih terasa, masih kukuh menampar ingatan, dia lebih senang sendirian. Tidak disakiti dan menyakiti.

Secantik mana gadis yang hadir, rasa cinta tetap asing dalam hatinya. Tapi sampai bila dia mampu mengasingkan cinta dengan dirinya. Lantas, ketika hadir seorang gadis yang penuh pengertian dan kejujuran, tercuit jua tangkai hati dan perasaan. Apakah akan dibiarkan igauan lampau menguasai diri hingga rasa cinta yang mula bertunas tidak sempat dinikmati... atau memberi ruang pada cinta yang pertama kali mengetuk hati?

Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta pertama... terseksa dalam keindahan?


Cepat2 whatsApp/msg saya!. First come first serve :)


✿  Pertanyaan @ Order? ✿
 Princesa Preloved
2) WhatsApp/SMS : 013-985 5742 (express)
3) Email : princesapreloved9@gmail.com

terima kasih,
with love,
Princesa Preloved Boutique

For ♥ SERIOUS BUYER ONLY ♥

JAZAKALLAHUKHAIRAN :)

HATI SEORANG WANITA - NORHAYATI BERAHIM



Hati Seorang Wanita
by Norhayati Berahim
520 pages
Published  by Alaf 21
price? sms/whatsApp : 013 9855742
** SERIOUS BUYER ONLY!**

Condition : Novel lama, tiptop.
LIMITED EDITION.RARE.Tiada dikedai biasa.

Memang permintaan tinggi dan ramai yg nak novel ni. Sesiapa yang pernah request dari hamba dulu, nah ini untuk kalian :)
Serius buyer sahaja. price? sms/whatsApp : 013 9855742
Cepat2 whatsApp/msg saya!. First come first serve :)



“Apakah suami milik abadi seorang isteri?”

Dia dilahirkan diluar kemahuan ayah dan ibunya. Namun, dia pasrah dengan ketetapan ILAHI walau dendam terus menghuni di hati. Perkahwinan yang diatur kiranya tidak menjanjikan apa-apa. Bagi dia, suami milik isteri yang abadi. Mesti dikasihi sepenuh hati. Rupa-rupanya tidak ada apa yang dapat dipegang pada janji manis seorang lelaki.
Sekian lama mencari di mana harga diri, di mana kesilapa diri, dia bangun semula bersama tekad di hati. Meski disingkir, meski diuji, namun jiwanya tak pernah mati. Bahagia mesti dicari, peristiwa pahit mesti dilupai kerana hati wanitanya percaya, esok masih ada cahaya, masih ada sinar bahagia.


Cepat2 whatsApp/msg saya!. First come first serve :)


✿  Pertanyaan @ Order? ✿
 Princesa Preloved
2) WhatsApp/SMS : 013-985 5742 (express)
3) Email : princesapreloved9@gmail.com

terima kasih,
with love,
Princesa Preloved Boutique

For ♥ SERIOUS BUYER ONLY ♥

JAZAKALLAHUKHAIRAN :)

Monday, 15 September 2014

ADAM - RAMLEE AWNG MURSHID


ADAM Aku Darah Anak Malaysia
RAMLEE AWNG MURSHID 
 A21
thriller novel
price? sms/whatsApp : 013 9855742
** SERIOUS BUYER ONLY**

REVIEW : http://www.goodreads.com/book/show/3404152-adam

Bila Hilman dapat bertemu dengan anaknya Jeslina di New York setelah berbelas tahun terpisah, mereka berasa begitu bahagia. Namun, keriangan mereka diragut bila kereta yang mereka naiki terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Jeslina koma sementara Hilman pula dituduh memandu dalam keadaan mabuk. Dalam situasi genting itu, muncul Mia Sara, seorang petugas di Kedutaan Malaysia, Washington D.C. Melalui bantuannya, Hilman dinasihatkan ke mahkamah untuk mendapat keadilan. Namun, bila satu konspirasi untuk menutup kemalangan itu diketahui oleh Hilman, dia mengambil keputusan untuk mencari kebenaran dengan caranya.

Sebagai seorang penembak tepat dalam pasukan Polis diRaja Malaysia, survival adalah mainan hidupnya. Siasatannya terhadap konspirasi kemalangan itu akhirnya membawa beliau ke pintu White House! Dan, Hilman tidak sekali-kali terpaku di hadapan pintu itu..


Cepat2 whatsApp/msg saya!. First come first serve :)


✿  Pertanyaan @ Order? ✿
 Princesa Preloved
2) WhatsApp/SMS : 013-985 5742 (express)
3) Email : princesapreloved9@gmail.com

terima kasih,
with love,
Princesa Preloved Boutique

For ♥ SERIOUS BUYER ONLY ♥


JAZAKALLAHUKHAIRAN :)

MASIH SETIA - AISYA SOFEA RM15 A21 1,2 2011


MASIH SETIA -
 AISYA SOFEA
 RM15 
A21 
1,2 2011
*****

Miera - Gadis biasa yang hidup serba sederhana. Ada rupa, ada pelajaran, ada cita-cita. Dalam menjalani kehidupan seharian, teman lelaki tidak pernah terlintas di fikiran. Sehinggalah dia dipaksa memikirkannya atau dia tiada pilihan!

Rudi - Lelaki terpilih yang ingin digandingkan dengan Miera. Namun Miera tetap berkeras enggan berteman biarpun segunung harta dijanjikan untuknya. 

Musibah melanda. Sekelip mata, percutian Miera di bumi asing bertukar menjadi tragedi. Namun, di sebalik peristiwa hitam yang berlaku, kehadiran Dr. Malik mengetuk pintu hatinya. Dalam kesibukan membantu mangsa bencana, dia mengamati lelaki itu dari jauh. Dalam kelelahan menjalani kehidupan seharian, dia mendekati tanpa sengaja. Jeling-menjeling, pandang-memandang. Jiwa terusik, hati bergelora hingga tanpa sedar, perasaan itu hadir tanpa diundang. Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu? 

Hatinya berbelah bahagi. Rudi yang mencintai, Dr. Malik yang diingini. Masakan dia boleh memiliki kedua-duanya. Justeru, mana satu pilihan terbaik untuknya?

Siapa lelaki itu sebenarnya? Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu? Mampukah dia mengusir rasa istimewa itu apabila segala-galanya terbongkar?



✿  Pertanyaan @ Order? ✿
 Princesa Preloved
2) WhatsApp/SMS : 013-985 5742 (express)
3) Email : princesapreloved9@gmail.com

terima kasih,
with love,
Princesa Preloved Boutique

For ♥ SERIOUS BUYER ONLY ♥
JAZAKALLAHUKHAIRAN :)

CINTA PANDANG KE 2 - LAILA KAMILIA RM15 A21 1 2011


CINTA PANDANG KE 2 
 LAILA KAMILIA 
RM15
 A21 
1 2011

Prince charming’ sedangkan Ainnur si Ugly Betty. Beza mereka macam langit dengan bumi! Disebabkan badan saiz XXL, Ainnur hanya mampu memuja Zairul dalam diam. Zairul pula memang seronok menyakat. Tidak sudah-sudah mengejek Ainnur menyebabkan Ainnur berasa hati lalu nekad bertukar sekolah. 

Setelah bertahun lamanya masa berlalu…

Ainnur bertemu semula dengan Zairul di dalam sebuah syarikat. Dia menjadi ketua di bahagian itu manakala Zairul hanyalah sebagai budak penghantar surat. 

Zairul tidak tahu bahawa gadis cantik yang menjadi bosnya itu adalah Ainnur Azleen yang pernah dikutuk dan dicaci suatu waktu dulu. Pertama kali berjumpa, dia terus jatuh cinta! Sanggup berkorban jiwa dan raga.

Aha, Ainnur mendapat idea! Inilah masanya untuk dia membalas dendam lama.

✿  Pertanyaan @ Order? ✿
 Princesa Preloved
2) WhatsApp/SMS : 013-985 5742 (express)
3) Email : princesapreloved9@gmail.com

terima kasih,
with love,
Princesa Preloved Boutique

For ♥ SERIOUS BUYER ONLY ♥
JAZAKALLAHUKHAIRAN :)

HATI KALA CINTA- HANI FAZUHA RM15 A21 1 2011

HATI KALA CINTA- 
HANI FAZUHA
 RM15
 A21
 1 2011 
SOLD


✿  Pertanyaan @ Order? ✿
 Princesa Preloved
2) WhatsApp/SMS : 013-985 5742 (express)
3) Email : princesapreloved9@gmail.com

terima kasih,
with love,
Princesa Preloved Boutique

For ♥ SERIOUS BUYER ONLY ♥
JAZAKALLAHUKHAIRAN :)

JANGAN GANGGU LENAKU -HAIZA NAJWA RM15 A21 1 2012


JANGAN GANGGU LENAKU 
HAIZA NAJWA
 RM15 
A21 1
2012
*BEST SUSPENS

JEMU dan sepi menguasai diri Atira saban hari. Dia sering ditinggalkan seorang diri di rumah besar yang kosong. Tiada jiran, tiada rakan, tiada keluarga. Entah mengapa, suaminya, Asfahul pula seakan cuba menjauhkan diri. Baru berkahwin, tetapi langsung tidak ada bibit-bibit kemesraan.

Dia rindukan belaian suaminya. Dia sering berkhayal hidupnya bahagia sehingga termimpi-mimpi di dalam tidur. Dalam mimpinya, Asfahul sangat penyayang dan bertanggungjawab. Ucapan sayang lelaki itu tidak putusputus dibisikkan di telinganya. Setiap kali terjaga, dia diulit rindu. Bukan merindui suaminya tetapi dia merindui Asfahul di alam mimpinya. Mampukah dia lari daripada kekosongan yang merantai hidupnya di Teratak Asfalin itu? Apakah dia sedar jiwanya menjadi rebutan? Tetapi, oleh siapa?



✿  Pertanyaan @ Order? ✿
 Princesa Preloved
2) WhatsApp/SMS : 013-985 5742 (express)
3) Email : princesapreloved9@gmail.com

terima kasih,
with love,
Princesa Preloved Boutique

For ♥ SERIOUS BUYER ONLY ♥
JAZAKALLAHUKHAIRAN :)

HANYA DIA TAHU - RM10 - ALEYA ANEESA


HANYA DIA TAHU 
ALEYA ANEESA 
RM10 
A21
1/2001

ARIANA melihat Nasuhah sangat sepadan dengan abangnya, Zaen Luthfi seorang pengurus muda. Sebagai seorang adik yang nakal, dia asyik mengusik abangnya tentang Nasuhah hingga menimbulkan kemarahan Zaen. Tanpa pengetahuan adiknya, Zaen telah menghubungi Nasuhah dan menghamburkan kata-kata yang nista.

Takdir telah mempertemukan mereka di dalam sebuah majlis. Sejak itu, Zaen sudah terkena panahan asmara. Dia cuba untuk mendekati Nasuhah, namun gadis itu sudah tawar hati. Zaen nekad akan terus memburu cinta Nasuhah walaupun sejauh mana dia melarikan diri.

Pertemuan semula Nasuhah dan Rezuan rakan sekampus bagaikan jalan pintas baginya untuk menyelesaikan masalah yang melanda. Namun, huluran kasih Rezuan secara tiba-tiba membuatkan hatinya berbolak-balik.
Walau bagaimana payah pun, Nasuhah mesti berani membuat keputusan yang bakal ditanggung sepanjang hayatnya. Menolak cinta orang yang sukakannya ataupun menerima sahaja lamaran kawan lama yang tidak pernah wujud di hatinya.

✿  Pertanyaan @ Order? ✿
 Princesa Preloved
2) WhatsApp/SMS : 013-985 5742 (express)
3) Email : princesapreloved9@gmail.com

terima kasih,
with love,
Princesa Preloved Boutique

For ♥ SERIOUS BUYER ONLY ♥
JAZAKALLAHUKHAIRAN :)

PESONA RINDU - RM10- SHARIFAH ABU SALEM

PESONA RINDU 
SHARIFAH ABU SALEM
 RM10 
A21
1/2004


RINDU bertandang ketika masing-masing didakap kesepian. Fazlan ditinggalkan Darina, isteri yang obsesi terhadap cinta, cita dan impian. Najmah pula memutuskan pertunangannya kerana tidak menyintai jejaka pilihan keluarga. Keputusan Najmah mengundang sengketa. Dia terpinggir dan kepulangannya tidak diharapkan.

Fazlan hadir memberi kedamaian. Persahabatan bertukar menjadi kekasih. Najmah menyangka yang dia hanya menghormati Fazlan sebagai majikan. Namun cinta di hatinya kian berputik biarpun dia tahu Fazlan adalah suami sahabat baiknya sendiri.

Selepas lima tahun di luar negara, Darina kembali semula. Ternyata cintanya terhadap Fazlan masih ada. Bagaimana harus Fazlan menerima Darina semula? Sedangkan dalam masa yang sama cintanya terbahagi dua untuk Najmah juga. Lalu Fazlan merahsiakan perkahwinan itu.

Najmah diburu rasa bersalah. Dia telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh Darina untuk menjaga Fazlan. Bagi Najmah, cintanya hadir hanya sementara. Tidak lebih dari sebuah pesona.

Fazlan dalam dilema, siapakah yang lebih dicintainya? Najmah ataupun Darina? Namun bagi Fazlan, dia tidak rela kehilangan kedua-duanya sekali.


✿  Pertanyaan @ Order? ✿
 Princesa Preloved
2) WhatsApp/SMS : 013-985 5742 (express)
3) Email : princesapreloved9@gmail.com

terima kasih,
with love,
Princesa Preloved Boutique

For ♥ SERIOUS BUYER ONLY ♥
JAZAKALLAHUKHAIRAN :)

SESUCI CINTA -AINA EMIR RM10 A21

SESUCI CINTA -
AINA EMIR 
RM10
 A21
6/2006 
477 PAGES

Nuraina gadis biasa yang tidak punya apa-apa. Dia pernah terluka dan kerana itu pelarian adalah satu cara untuk mengembalikan harga diri yang telah dirobek dan dihina. Walau setinggi mana cintanya pada Armand, dia sedar cinta tanpa harta tidak kemana.

Bertahun lamanya di rantau orang, jauh dari keluarga tercinta, akhirnya apa yang dimpi jadi nyata. Kepedihan dan kekecewaan terubat dengan kehadiran Behzad yang dapat menerima dia seadanya.

✿  Pertanyaan @ Order? ✿
 Princesa Preloved
2) WhatsApp/SMS : 013-985 5742 (express)
3) Email : princesapreloved9@gmail.com

terima kasih,
with love,
Princesa Preloved Boutique

For ♥ SERIOUS BUYER ONLY ♥
JAZAKALLAHUKHAIRAN :)



RELA KUMENANTI - DAMYA HANNA


RELA KUMENANTI 
DAMYA HANNA 
RM10 
A21
TERBITAN : 7/2010 
CONDITION : TIPTOP
Mukasurat : 544

Novel beliau ini pasti menggamit perasaan anda dan sudah pasti anda tidak sabar membacanya sehingga tamat. Bahagiakah Nurin Aina jika hidupnya bagai lilin membakar diri? Dia terpaksa mendepani Liyana dan Mylia yang pendendam. Begitu juga dengan Luqman serta Zamil yang mengharapkan kasihnya. Setiap wajah yang berkisah, Nurin bagai hilang luahan rasa.

Zamil mencintai Nurin. Luqman juga mencintai Nurin. Yang mana satu pilihan hati? Zamil seolah-olah putus harapan apabila Luqman hadir dalam diri Nurin. Zamil cuba menahan sebak. Jiwa lelakinya menangis. Tapi bayangan Nurin juga yang sentiasa menghantui perasaannya.

Siapakah pilihan hati Nurin? Adakah Zamil atau Luqman yang bertepuk sebelah tangan? Siapa pula yang terluka hati? 


✿  Pertanyaan @ Order? ✿
 Princesa Preloved
2) WhatsApp/SMS : 013-985 5742 (express)
3) Email : princesapreloved9@gmail.com

terima kasih,
with love,
Princesa Preloved Boutique

For ♥ SERIOUS BUYER ONLY ♥
JAZAKALLAHUKHAIRAN :)