AKAN DATANG

BOLEH BOOKING!

DIARI SAYANG -FATIMAH KASSIM

3 HARI KEMUDIAN -AA

SENTUHAN KASIH - NB

DENDAM YANG TERLERAI-NB

HATI SEORANG WANITA-NB

LAYANG;LAYANG BERTALI KACA-NB

PESANAN TERAKHIR SEORANG LELAKI - NB

LAGENDA BUDAK SETAN CETAKAN PERTAMA-AA

SAYAP-SAYAP CINTA-AA

JAUH-AISYA SOFEA

KARYA MA LEE CHUSWAN - 1 PAKEJ

WAJA - LAMIA AMAL

DONIA - LAMIA AMAL

SEMARAK - LAMIA AMAL



Showing posts with label RM12. Show all posts
Showing posts with label RM12. Show all posts

Monday, 20 October 2014

SELAMAT MALAM TANSRI- SRIDIAH

SELAMAT MALAM TANSRI- SRIDIAH



Selamat Malam Tan Sri ini lebih banyak menyingkap kehidupan seharian seorang wartawan Mingguan Wanita, Hanim Hanani. Kisah cinta dalam diam Hanim juga diselitkan tapi saya rasa fokus utama Sri Diah dalam novel ini bukanlah mengenai cinta Hanim terhadap seorang Tan Sri yang disegani ramai. Dalam kesibukan Hanim mencari berita sensasi, teman lamanya Zaidi muncul dalam hidupnya. Hanim dilanda kemelut antara mencintai suami orang dan perjalanan kariernya. Dia juga memikirkan masa depannya yang harus menyara keluarganya yang bergantung harap dengannya.

KASIH BERSULAM CINTA- RM12- ROZITA ABD WAHAB


RM12

KASIH BERSULAM CINTA- ROZITA ABD WAHAB

Halaman: ~448
Berat: 350 gram

Macam orang angau. Kalau aku yang angau lainlah. Dah dua minggu aku tak jumpa tunang aku.” Terdiam Anis Razikin seketika. Angau. Perkataan itu yang disebut oleh Norma. Aku angau? Hah... biar betul!

Dia tidak pernah bercinta, tentulah dia tidak tahu bagaimana rasanya bercinta. Kata Norma, “Kau belum rasa... kalau kau dah masuk dalam dunia cinta, baru kau tahu penangannya.” Dia dan Hakim dipertemukan dalam keadaan yang tidak memihak kepada mereka. Lalu, ikatan itu terjalin tanpa perasaan... tanpa cinta. Bagaimana rasanya rindu pada seseorang yang disayangi? Dia tidak tahu, tapi apa yang pasti setiap kali mengingati Hakim... dadanya terasa sesak, jantungnya berubah irama. Acap kali Hakim mengucapkan kata rindu, namun apakah dia juga begitu?
Tetapi, kalau bukan angin rindu, kenapa dia begitu kepingin mendengar suara Hakim? Mulut memang sering menafi kan, tapi hati tak pernah mahu berkompromi. Hah... dalam diam, dia sudah pandai menjadi perindu! Kerana rindu... bunga-bunga kasih berkembang di hatinya, lalu tercipta suatu perasaan indah yang tidak pernah dirasainya sebelum ini, rasa istimewa hanya untuk si dia... CINTA.


✿  Pertanyaan @ Order? ✿
 Princesa Preloved
2) WhatsApp/SMS : 013-985 5742 (express)
3) Email : princesapreloved9@gmail.com

terima kasih,
with love,
Princesa Preloved Boutique

For ♥ SERIOUS BUYER ONLY ♥
JAZAKALLAHUKHAIRAN :)

Sunday, 19 October 2014

BULAN BERBISIK- rm12- SAMSIAH MOHD NOR


RM12

BULAN BERBISIK- SAMSIAH MOHD NOR - A21

Halaman: ~512

Berat: 400 gram

BULAN BERBISIK memaparkan perjuangan dua orang wanita. Pertama: Seorang isteri bernama Khadijah dalam melayari bahtera perkahwinan. Kedua: Seorang gadis mualaf bernama Aima Adawiyah yang mencari erti sebuah kehidupan baru..

Khadijah seorang isteri yang sangat setia telah secara tidak sengaja terbaca e-mel-e-mel cinta suaminya (Khaled Irfan) pada Aima. Sejak kecil, Aima (Wong Ai Leen) dibayangi oleh idolanya iaitu Andak Rabiah yang selalu membacakan syair Rabiah al-Adawiyah. Dia mengenali agama Islam daripada Andak Rabiah dan berusaha untuk memeluk agama tersebut apabila dewasa.

Namun, dalam pencariannya dia telah terperangkap secara tidak sengaja dalam retorik cinta mainan Khaled Irfan.

Khadijah pula dalam usaha menyelongkar kcurangan suami, terpikat dengan syair-syair nukilan Rabiah al-Adawiyah yang dikirimkan oleh Aima kepada Khaled. Pun begitu, parah di hati hanya dia sahaja yang menelannya kerana cerita kecurangan sang suami tidak dipekungkan pada sesiapa hatta kedua ibu bapa. Dalam melayari bahtera, Khadijah menelan duka, menilai sang suami lewat e-mel-e-mel suami kepada buah hati. Pilunya hati hanya ALLAH yang mengetahui.

Berbagai-bagai cara dilakukan buat membalut luka di hati tetapi lara datang juga. Lambaian Masjidilharam membawanya ke sana dengan keizinan suami. Dia menemukan sesuatu di bumi anbia; Baitullah, Makam Nabi, Masjid Nabawi, Raudhah memberi pengertian baru dalam hidup Khadijah.

Berbekalkan kekuatan diri, setelah pulang ke tanah air, Khadijah mengambil keputusan untuk bersemuka dengan Khaled Irfan dan Aima Adawiyah.

Dia akur... andai badai rumah tangga melanda, kolek kecil teroleng-oleng di samudera besar, nakhoda hilang arah, bukan bererti punah sebuah cerita. Dugaan ALLAH datang dalam pelbagai cara. Bermunajatlah agar ditunjukkan ALLAH jalan keluar yang bermakna.

Dan dia yakin... andai seorang lelaki bergelar suami begitu enteng membuka ruang cinta baru untuk dihuni hati yang lain, tidak bermakna seorang wanita perlu menutup perasaan hati dek rasa kecewa. Dunia ini luas, sangat luas. Tempat manusia melampiaskan selangit cinta. Bukan hanya cinta sesama manusia tetapi yang lebih bermakna CINTA pada yang ESA!



✿  Pertanyaan @ Order? ✿
 Princesa Preloved
2) WhatsApp/SMS : 013-985 5742 (express)
3) Email : princesapreloved9@gmail.com

terima kasih,
with love,
Princesa Preloved Boutique

For ♥ SERIOUS BUYER ONLY ♥
JAZAKALLAHUKHAIRAN :)

Monday, 15 September 2014

BUKAN TAK SUDI MIMIE AFINIE RM12 KARNADYA BERBALUT (BUKU BARU)


BUKAN TAK SUDI 
MIMIE AFINIE 
RM12 
KARNADYA
BERBALUT (BUKU BARU)


Dia tidak pernah mencari. Malah tidak pernah terfikir pun untuk punya teman lelaki. Belum masanya. Lagipun dia tidak mahu terburu-buru. Maklumlah, bukan senang nak cari lelaki yang betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa. Tersilap pilih nanti... merana seumur hidup.

Tetapi, bila emak asyik mendesak dan Syariff pula datang merisik, nak tak nak, dia terpaksa memikirkan hal itu dengan serius. Risau juga kalau-kalau emak terima risikan lelaki itu. Emak pun satu hal juga. Macamlah tak ada lelaki lain... Si Sarip Dol tu juga yang dia nampak.

Al datang tepat pada waktunya dan di saat dia amat memerlukan. Al ni kira okeylah. Baik, bertimbang rasa dan boleh bertolak ansur. Orangnya pun boleh tahan. Sedap mata memandang. Rasa-rasanya, daripada Si Syariff tu... lima kali lebih baik Al. Tetapi masalahnya... hatinya tidak ada pada lelaki itu.

Kalau bulan Al, siapa pula? Omar, rakan serumah merangkap rakan kongsi perniagaan merangkap kembar siam along tu? Hah! Minta simpang. Kalau Omar yang gatal lagi merenyam tu lah... jangan harap dia nak terima. Daripada berkahwin dengan lelaki itu... lebih baik dia jadi anak dara sampai ke tua. Dia sanggup. Bukanlah nak jual mahal sangat... tapi dia tak nak tanggung risiko.

Kalau bukan Syariff, Al atau Omar, siapa pula agaknya yang akan jadi pilihan hati Anis Zulaikha? Untuk mengetahui jawapannya, sama-samalah kita ikuti ‘BUKAN TAK SUDI’, karya terbaru dari Mimie Afinie.


✿  Pertanyaan @ Order? ✿
 Princesa Preloved
1) LIKE & pm > fanpage: http://www.facebook.com/messages/princesa.preloved.boutique
2) WhatsApp/SMS : 013-985 5742 (express)
3) Email : princesapreloved9@gmail.com

terima kasih,
with love,
Princesa Preloved Boutique

For ♥ SERIOUS BUYER ONLY ♥
JAZAKALLAHUKHAIRAN :)

ANTARA DENDAM & RINDU - RABIHAH NUR RIDHUAN


ANTARA DENDAM & RINDU 
RABIHAH NUR RIDHUAN
 RM12
 BP
BERBALUT (BUKU BARU) 

Sikap tamak telah melontarkan Mariam Qistina ke lembah derita yang berpanjangan. Tanpa diduga bapa saudaranya, Sahak yang selama ini menunjukkan sikap kasihnya kepada Mariam Qistina dan Mariam Irdina sanggup mendera dan menyeksa mereka. Semuanya angkara tamakkan harta. Kematian Mariam Irdina menyebabkan Mariam Qistina bangkit untuk membalas kembali derita yang pernah dilaluinya. Dendam kesumat ini membuatkan Mariam Qistina memaksa hatinya untuk menerima Luqman Hakim, anak lelaki Sahak sebagai suaminya. Haruskah dia perdagangkan cintanya? Sanggupkah dia punahkan perasaannya semata-mata kerana dendam kesumatnya itu?


✿  Pertanyaan @ Order? ✿
 Princesa Preloved
2) WhatsApp/SMS : 013-985 5742 (express)
3) Email : princesapreloved9@gmail.com

terima kasih,
with love,
Princesa Preloved Boutique

For ♥ SERIOUS BUYER ONLY ♥
JAZAKALLAHUKHAIRAN :)