Novel Kau Ditakdirkan Untukku adalah koleksi peribadi milik aku. Karya Gee Muszisya setebal 528 muka surat ini terbitan Karya seni. Baby pertama sudah cukup buat si penulis tersenyum dengan jalan cerita cukup menarik. Cerita mengisahkan Akmal Ikram dan Nuranis Fatihah mengecapi hidup berumahtangga dan dihantui kenangan silam. Akmal Ikram ada sejarahnya bertunang dan ditinggalkan.Tidak kurang juga Nuranis Fatihah dengan kehidupannya dan dibesarkan dirumah anak - anak yatim. Kehadiran Nuranis merubah segalanya. Perasaan suka pada mulanya disangkal dan Ikmal sengaja mendera dengan pelbagai bebanan kerja untuk melihat Nuranis sentiasa bertemu dengannya. Memang sweet sangat hubungan Ikmal dan Nuranis. Ikmal tak pernah putus asa untuk menawan hati Nuranis hingga mamanya suka pada Nuranis dan ingin dijadikan menantu. Ikmal mengambil peluang yang ada bagi mempermudahkan usahanya memikat hati Nuranis. Kehadiran bekas tunang Ikmal mengoyangkan perhubungan Ikmal dan Nuranis. Ikmal nekad walau apa pun terjadi hanya Nuranis yang bertahta dihatinya sekarang.
Sinopsis dari kulit novel
Kenangan lama dalam hidupnya telah menutup pintu hati Akmal Ikram untuk bercinta lagi, namun pertemuan dengan Nuranis Fatihah membuatkan hatinya mula goyah. Dia mula tertarik dengan keperibadian yang ada pada gadis itu. Kelembutan dan kenakalan Anis sering mengusik hati Akmal. Sejak itu, hatinya mula terpaut. Wajah yang sentiasa dihiasi senyuman indah itu sering menggamit kerinduan di hatinya.
Akmal teruja kala perancangan keluarga ingin menjodohkannya dengan Nuranis Fatihah. Namun sebaliknya bagi Anis yang berpegang pada prinsip perkahwinan yang terbina bukan atas dasar cinta tak akan membawa bahagia.
"Kenapa awak tak berterus terang aje. Tadi bukan main berani lagi nak berterus-terang sendiri. Sampai nangis-nangis," sindir Akmal tersengih nakal.
"Bos jangan sebut pasal tu lagi boleh tak!" bidas Anis geram.
Kemunculan Farah Hanim telah menggugat kepercayaan Anis terhadap Akmal. Apatah lagi fitnah yang ditabur oleh Farah disaat ambang perkahwinan mereka menyukarkan lagi keadaan. Apakah yang akan terjadi pada perkahwinan mereka nanti? Mampukah Akmal memenangi hati gadis idamannya disaat dia bergelut dengan perasaannya sendiri?
"Saya tahu dia masih sayangkan awak. Kalau tidak masakan dia merayu untuk kembali pada awak. Tak mustahil juga kan kalau rasa sayang awak masih ada pada dia? Tetapi awak sengaja kunci dengan rasa marah dan dendam yang tidak pernah padam." – Anis
"Seandainya satu hari nanti ditakdirkan kita tak dapat mencari persefahaman. Saya redha. Dan saya tidak memaksa awak untuk menerima diri saya." - Akmal
"Awak tak pernah terfikir ke Anis. Mungkin kita memang dah dijodohkan bersama. Walaupun saya tak sempurna dimata awak tetapi awak telah ditakdirkan untuk membetulkan ketidaksempurnaan saya itu. Kalau kita tak beri peluang pada hati kita, hubungan kita tak akan kemana Anis. Saya memerlukan awak untuk mengemudi bahtera kita supaya tidak goyah. Saya tak mampu untuk mengemudinya seorang diri." Ujar Akmal meluahkan rasa dari lubuk hatinya yang lama terpendam.
✿ Pertanyaan @ Order? ✿
Princesa Preloved
1) LIKE & pm > fanpage: http://www.facebook.com/messages/princesa.preloved.boutique
2) WhatsApp/SMS : 013-985 5742 (express)
3) Email : princesapreloved9@gmail.com
terima kasih,
with love,
Princesa Preloved Boutique
For ♥ SERIOUS BUYER ONLY ♥
JAZAKALLAHUKHAIRAN :)
No comments:
Post a Comment