AKAN DATANG

BOLEH BOOKING!

DIARI SAYANG -FATIMAH KASSIM

3 HARI KEMUDIAN -AA

SENTUHAN KASIH - NB

DENDAM YANG TERLERAI-NB

HATI SEORANG WANITA-NB

LAYANG;LAYANG BERTALI KACA-NB

PESANAN TERAKHIR SEORANG LELAKI - NB

LAGENDA BUDAK SETAN CETAKAN PERTAMA-AA

SAYAP-SAYAP CINTA-AA

JAUH-AISYA SOFEA

KARYA MA LEE CHUSWAN - 1 PAKEJ

WAJA - LAMIA AMAL

DONIA - LAMIA AMAL

SEMARAK - LAMIA AMAL



Monday, 20 October 2014

SELAMAT MALAM TANSRI- SRIDIAH

SELAMAT MALAM TANSRI- SRIDIAH



Selamat Malam Tan Sri ini lebih banyak menyingkap kehidupan seharian seorang wartawan Mingguan Wanita, Hanim Hanani. Kisah cinta dalam diam Hanim juga diselitkan tapi saya rasa fokus utama Sri Diah dalam novel ini bukanlah mengenai cinta Hanim terhadap seorang Tan Sri yang disegani ramai. Dalam kesibukan Hanim mencari berita sensasi, teman lamanya Zaidi muncul dalam hidupnya. Hanim dilanda kemelut antara mencintai suami orang dan perjalanan kariernya. Dia juga memikirkan masa depannya yang harus menyara keluarganya yang bergantung harap dengannya.

NOVEL BARU- SAAT HILANG CINTAMU ACIK LANA


BARU/BUKAN TERPAKAI
SAAT HILANG CINTAMU
ACIK LANA
RM35 FREE POSTAGE/ SS ADD RM5 
sinopsis belakang novel.....
Izzara Helina – Tujuh tahun hidup di negara orang, kini dia kembali dengan semangat baru. Biarpun hati masih terluka, masih tercalar, namun Izzara tetap cuba untuk berdiri teguh di negara sendiri. Tapi malang kerana ketenangan yang dicari dirosakkan oleh pertemuan dengan seorang lelaki yang tinggal di kondo sebelah. Dan ya, ini bukan jiran mithali atau juga jiran pilihan. Jiran ini jiran hantu. Jiran yang suka membuat bising dan perasan handsome!

“Muzik you adalah muzik paling buruk, paling busuk, paling gila pernah I dengar seumur hidup I. So please stop playing that stupid guitar, I nak tidur!”~ Izzara.

Dayyan Idraqi – Sudah terbiasa hidup dalam kemahsyuran dan populariti yang tinggi menggunung, ego di dada tiba-tiba saja tercalar apabila Izzara langsung tidak mengenali siapa dirinya. Dia adalah Dayyan Idraqi, penyanyi tersohor yang sudah gah mencipta nama di beberapa negara. Mana mungkin ada perempuan di sini tidak mengenali dia! Namun demi menjaga privasi, identiti sebenar disembunyikan daripada pengetahuan Izzara. Dia kini bukan lagi Dayyan Idraqi, dia muncul sebagai lelaki biasa di mata gadis itu.

Perang dingin antara mereka berlanjutan sehinggalah pada satu peringkat hati mula saling jatuh cinta. Meluah kata sayang, melamar dan berkahwin, semua itu dilakukan penuh gaya oleh Dayyan Idraqi demi memiliki Izzara sepenuhnya. Dan menjelang malam perkahwinan, satu kemalangan tidak diduga mengubah perjalanan indah antara mereka. Izzara terluka, Dayyan Idraqi sengsara, tidak ada sesiapa yang mengecap bahagia.


Antara dua pilihan, Dayyan Idraqi memilih untuk berkorban. Tapi benarkah jalan yang dipilih ini tegak dan lurus? Jika benar mengapa hati Izzara masih terluka? Dan mengapa pula jiwa sendiri masih sakit dan menderita?

Tiga Hari Kemudian - AHADIAT AKASHAH - RM35


Tiga Hari Kemudian - AHADIAT AKASHAH - RM35



Bercerai Selepas Tiga Hari Memang Mudah
Berpura-pura Tak Bercerai Yang Payah
Melafazkan cerai memang mudah.Tetapi, tak semudah merahsiakannya. Apa yang perlu mereka lakukan agar perceraian mereka tidak diketahui kedua ibu bapa? Juwita merayu agar perceraian mereka dirahsiakan kerana tak sanggup mengaibkan keluarga. Namun, apabila ada kenduri-kendara bagaimana mereka mengatasinya? Perlukah mereka hadir dengan berlakon sebagai pasangan suami isteri?! Namun, sampai bila mereka perlu berpura-pura begini?

AIRMATA KASIH -NORHAYATI BERAHIM - RM15


 RM15

AIRMATA KASIH -NORHAYATI BERAHIM 


Best! Farah Diba dibenci oleh ayah sendiri. Ayahnya begitu kerana terkenangkan kakaknya yang pernah menconteng arang kemuka keluarga dan juga menyebabkan ibunya menderita lalu meninggal dunia. Lalu Farah keluar dari rumah dan menyara hidupnya sendiri sehingga dia berjaya membuka sebuah kedai menjual kucing. Ayahnya lebih sayangkan abang-abangnya, Fuad dan Farid. Suatu hari ayah dan abang-abangnya hilang semasa menyelam di Australia. Farah di minta oleh umi dan bapa saudaranya untuk menerajui syarikat ayahnya sementara ayahnya tiada. Mereka tidak mahu syarikat itu jatuh ke tangan Uncle Kassimnya, abang kepada ayahnya. Farah melakukan yang terbaik untuk syarikat ayahnya walaupun tidak tahu untuk menguruskan syarikat besar. Banyak perubahan yang dilakukan untuk melindungi syarikat itu dari kerugian. Bila ayah dan abang-abangnya ditemui, dia terus meletak jawatan. Tetapi Abang Fuad masih dalam keaadan koma. Farah sentiasa berbual dengannya untuk mengembalikan semangatnya. Suatu hari Daniel dapati Farah deman teruk sehingga pengsan. Rupa-rupanya, dia mengidap deman denggi dan keadaannya sangat genting. Ramai yang datang melawatnya. Disitu, ayah Farah berjumpa dengan kakaknya yang telah lama menghilang. Barulah dia dapat tahu mengapa kakaknya telah meninggalkan mereka sekeluarga. Dia baru sedar bahawa dia selama ini telah tersalah sangka dan Farah telah menjadi korban salah sangkanya. Dia meminta maaf kepada Farah. Dia mahu Farah kembali tinggal dirumah dan menjaga Fuad yang telah sedar dari koma. Farah rasa tertekan. Dia meluahkan perasaannya kepada Daniel. Daniel memberi dia kata-kata perangsang. Farah kembali bersemangat dan mengaku dia menyayangi Daniel. Daniel rasa amat bahagia sekali dan tidak sabar untuk menunggu hari bahagia mereka

Cepat2 whatsApp/msg saya!. First come first serve :)


✿  Pertanyaan @ Order? ✿
 Princesa Preloved
2) WhatsApp/SMS : 013-985 5742 (express)
3) Email : princesapreloved9@gmail.com

terima kasih,
with love,
Princesa Preloved Boutique

For ♥ SERIOUS BUYER ONLY ♥

JAZAKALLAHUKHAIRAN :)

HATI YANG LUKA - RM15 - NORHAYATI BERAHIM


RM15

HATI YANG LUKA - NORHAYATI BERAHIM



Norhayati Berahim memang suka bermain dengan kisah masyarakat dalam karya-karya beliau. Kali ini coretan dua darjat yang memang masih sinonim dalam masyarakat kita.

Widad, menerima segala cacian dan ejekan Raof kerana status ibu bapanya sebagai pemandu dan juga pembantu di rumah keluarga Dato' Abdullah dan Datin Mala. Widad, anak yang sungguh menghormati perasaan orang lain. Setiap tutur kata dan perbuatan sering kali meletakkan insan lain di hadapan supaya tiada hati yang terluka dan menderita.

Berlainan sekali dengan Raof, lelaki yang dengan angkuh meletakkan darjat sebagai sempadan. Anak tunggal yang membesar dengan segala kemewahan dan kemanjaan. Pertunangannya dengan Widad yang diatur oleh keluarga telah menjadi sesuatu yang dibenci Raof. Kerana tajamnya lidah Raof, Widad mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan dan kembali ke Sweden untuk menyambung pelajaran.

Widad kembali tiga tahun kemudian tapi dia terperangkap dalam permasalahan Raof kerana rasa kasihan dan simpati kepada Dato' Abdullah dan Datin Mala. Perkahwinan yang dirancang untuk membantu Raof lepas dari hukuman mahkamah. Namun sepanjang perkahwinan itu, Widad terus menderita walaupun pada zahirnya dia nampak bahagia. Raof masih lagi Raof yang dulu. Tidak pernah berubah apabila berhadapan dengan Widad. Kata-katanya kasar dan tajam sekali. Tapi apabila bersama di bilik tidur, Raof berubah karektor kepada lelaki yang penyayang dan lemah lembut. 

Sekali keputusan mahkamah memihak kepada Raof, Widad berkeputusan untuk berpihah. Huh, padan muka Raof! Gelabah sampai tak cukup kata-kata nak memujuk Widad. Widad yang sudah keras hatinya. Widad yang sudah cukup terluka dengan perbuatan lelaki yang bernama suami.

Cepat2 whatsApp/msg saya!. First come first serve :)


✿  Pertanyaan @ Order? ✿
 Princesa Preloved
2) WhatsApp/SMS : 013-985 5742 (express)
3) Email : princesapreloved9@gmail.com

terima kasih,
with love,
Princesa Preloved Boutique

For ♥ SERIOUS BUYER ONLY ♥

JAZAKALLAHUKHAIRAN :)

GELORA JIWA - AISYA SOFEA- RM15


RM15

GELORA JIWA - AISYA SOFEA- 

Siapa kata setia tak mungkin berlaku curang? Siapa menduga kasih takkan bertukar menjadi benci? Katakan sejujurnya, bagaimana harus disukat bahagia jika dalam hati Intan Azureen, berkocak dilanda asmara.

Seraut wajah tenang itu, tiba-tiba berubah menyimpan seribu luka. Keluh resahnya sekadar melunakkan hati yang duka. Bagaimana harus dijelaskan; setianya bukan lagi untuk Hanif Azman tunangnya. Tapi, kasihnya sudah berpaling jauh pada Hanif Ashman dalam sekelip mata!

Siapa merampas dan siapa yang dirampas? Siapa yang berhak dan siapa pula yang tak punya hak? Intan Azureen lemas di tengah-tengah kekusutan. Dia harus teguh memegang janji wasiat; membina rumah tangga dengan lelaki pilihan keluarga.

Atas desakan keluarga melawan kehendak hati, dia harus membuat pilihan yang tepat. Hanif Ashman satu mimpi. Hanif Azman pula satu realiti. Tapi mimpi itu juga yang sentiasa membayangi hidupnya. Ah, sukarnya menidakkan takdir sedangkan cintanya hanya untuk Hanif Ashman seorang. Jadi, bagaimana?

Dia tekad, dilema ini harus dinoktahkan. Siapapun yang terpilih, dia akur akan melimpahkan kejujuran sepenuh hati. Tapi, siapakah antara mereka yang bakal mengongsi hidupnya sepanjang hayat? 

Cepat2 whatsApp/msg saya!. First come first serve :)


✿  Pertanyaan @ Order? ✿
 Princesa Preloved
2) WhatsApp/SMS : 013-985 5742 (express)
3) Email : princesapreloved9@gmail.com

terima kasih,
with love,
Princesa Preloved Boutique

For ♥ SERIOUS BUYER ONLY ♥

JAZAKALLAHUKHAIRAN :)

TENTANG DHIA SYUD


RM15

TENTANG DHIA
SYUD

Dhiya Nurlisa dan Azril Mustaufi 'terpaksa' kenal waktu menyiapkan kerja kursus berkumpulan. Aril tak pernah faham kenapa Dhiya membencinya habis-habisan. Padahal alasannya sudah jelas, kan?

Lepas graduate, masing-masing bawa diri.

Namun takdir telah menemukan lagi mereka, kali ini dalam suasana yang tak sama. Seperti biasa, Azril masih lagi masalah kepada Dhiya. Lalu apa langkah seterusnya, Dhiya?

http://novelmalay.blogspot.com/2008/10/tentang-dhiya-syud.html

Cepat2 whatsApp/msg saya!. First come first serve :)


✿  Pertanyaan @ Order? ✿
 Princesa Preloved
2) WhatsApp/SMS : 013-985 5742 (express)
3) Email : princesapreloved9@gmail.com

terima kasih,
with love,
Princesa Preloved Boutique

For ♥ SERIOUS BUYER ONLY ♥

JAZAKALLAHUKHAIRAN :)